KEBUDAYAAN DAN PERPADUAN

POLITEKNIK KOTA KINABALU SABAH 
KOD KURSUS : MPU21032
TAJUK: KEBUDAYAAN DAN PERPADUAN 
NAMA PENSYARAH : PN. FAREEHA NABILA BINTI PUTRA
KELAS: DPR1B




NAMA AHLI KUMPULAN: 

1. NURSYAMILAH BINTI BAHRIN 
    (07DPR20F2045)
 
2. MASLIN ANGUIN 
    (07DPR20F2041)

3. NURUL NABILA ABDULLAH
    (07DPR20F2049)



ISI KANDUNGAN

1. PENGHARGAAN

2. OBJEKTIF  

3. PENGENALAN

4. ISI DAN HURAIAN  
    
5. PERNYATAAN MASALAH 

6. KESIMPULAN 

7. RUJUKAN


PENGHARGAAN  

Alhamdulillah ,
dengan penuh kesyukuran kehadrat Ilahi kerana limpah kurnianya, dapat kami menyelesaikan tugasan ini dengan penuh jayanya. Kami ingin mengucapkan sepenuh penghargaan kepada Puan Fareeha,
Pensyarah Etika dan peradaban (MPU21032), di atas kepercayaan beliau memberi tugasan ini kepada saya dan juga rakan seperjuangan saya. Dimana beliau banyak membantu kami sepanjang proses tugasan ini disiapkan. 

Dengan kesempatan ini kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa kami yang telah banyak mendorong kami untuk terus berusaha dalam menyiapkan tugasan ini . 

Dan saya juga ingin menghadiahkan sekalung terima kasih kepada rakan-rakan saya yang telah banyak membantu dan mencetuskan idea sepanjang proses penyiapan tugasan dilaksanakan. Dalam menyiapkan tugasan ini , banyak yang telah kami pelajari sepanjang penyiapan tugasan ini dilakukan . Ianya memberi kami seribu satu makna dalam menimba ilmu ini .
Syukur Alhamdulillah.



OBJEKTIF

-Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan kebangsaan.

-Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada kebudayaan.

-Memperkaya dan mempertimbangkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.



PENGENALAN

Kebudayaan ialah satu cara kehidupan. Kamus Dewan(2005) mendefinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran,akal budi(cara berfikir),kelakuan dan sebagainya. Selain itu, budaya boleh didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu yang meliputi sistem sosial,susunan organisasi ekonomi,politik,agama,kepercayaan,adat resam,sikap dan nilai.

Perpaduan ditakrifkan sebagai hubungan yang erat atau sifat toleransi yang diwujudkan dalam kalangan pelbagai kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain,perpaduan ialah proses menyatupadukan masyarakat kepelbagaian untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta akan negara. Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum yang hidup dengan harmoni. Antara kaum utama di Malaysia ialah Melayu,Cina,India dan lain-lain.







ISI DAN HURAIAN 

Malaysia kaya dengan kepelbagaian budaya,bahasa,adat resam dan agama. Masyarakat luar sering memandang Malaysia sebagai negara model perpaduan atas dasar keharmonian dan kesejahteraan rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang.


Perbezaan latar belakang ini mencakupi budaya luaran yang ketara seperti pakaian,rupa,bahasa,adat resam,makanan dan tempat tinggal. Manakala budaya dalaman adalah yang tidak ketara seperti pengetahuan,kepercayaan,moral dan nilai hidup. Apabila perbezaan budaya ini difahami dan diterapi,ia akan melahirkan hubungan yang positif dan harmoni.


Menteri Pendidikan,YB Dr. Maszlee Malik menyeru lebih ramai pihak mengadakan aktiviti silang budaya di antara sekolah-sekolah dan universiti. Hal ini kerana,Kementerian Pendidikan mahu menekankan lebih penghayatan terhadap silanh budaya dan kaum bagi mencorak pemikiran generasi masa depan dan supaya semangat perpaduan di antara pelbagai bangsa dapat dipupuk.


Menurut Dr. Maszlee, "Tak kenal maka tak cinta,tapi yang lebih bahaya,tak kenal akhirnya prejudis dan salah faham". Beliau berpendapat program seperti pertukaran murid dan guru,bermain sukan dan persembahan budaya secara bersama,berkemungkinan boleh menjadi penawar kepada masalah hubungan antara kelompok yang berbeza.


Selain itu,kebudayaan dan perpaduan dapat dibentuk melalui perkahwinan campur. Lebih 80% daripada ahli persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) berkahwin campur,terutama antara Melayu dan Cina. Anak-anak yang dilahirkan daripada perkahwinan campur biasa menjadi "buta warna" dan tidak bersifat rasis kerana kulit dan muka mereka tidaklah terlalu melayu mahupun terlebih cina. Mereka mudah memahami dan menghormati perbezaan budaya antara dua kaum terbesar di Malaysia ini.


Seterusnya, melakukan persembahan-persembahan daripada pelbagai budaya. Antara persembahan yang menarik perhatian ialah persembahan nasyid dalam bahasa Melayu dan Mandarin yang diketuai oleh Ustaz Shasainie Siau,Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam.
Selain itu, persembahan "Gamelan" turut dipersembahkan. Perkataan Gamelan berasal daripada perkataan Jawa,gamel,yang bermaksud memukul ataupun tukul dan amat sinonim dengan kebudayaan Melayu. 


Di samping itu, budaya tradisi penting kerana dapat memupuk perpaduan negara. Amalan saling kunjung-mengunjungi dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan dapat memupuk sifat bersatu padu dalam masyarakat kita. Tidak kira keturunan,agama dan amalan adat resam turut merayakan bersama-sama dalam apa pun perayaan. Jiran tetangga dan sahabat handai saling mengunjungi dan memberi kuih dan muih. Budaya saling menerima dan memberi,inilah keindahan budaya di Malaysia yang juga dilihat sangat menarik di mata para pelancong.






Tambahan pula, sambutan pelbagai hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas, Hari Gawai dan Kaamatan boleh dijadikan platform untuk mengenali budaya dan adat resam sesama masyarakat sambil memperbaharui ikatan persahabatan. Keharmonian demi kesatuan ini juga merupakan keunikan yang bukan sahaja memperteguhkan lagi perpaduan antara kaum, malah menjadi penanda aras bagi Malaysia dalam mencapai matlamat sebagai negara yang aman dan harmoni. Misalnya, rumah terbuka bagi setiap satu perayaan diadakan untuk meraikan perpaduan kaum yang memupuk amalan ziarah-menziarahi, saling menolong dan semangat kejiranan sebagai budaya harian kita.


Kendatipun demikian , Perpaduan kaum juga memainkan peranan dalam mengukuhkan lagi ekonomi negara dengan penglibatan semua kaum dalam kegiatan ekonomi. Misalnya, Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan pada tahun 1970 oleh Tun Abdul Razak, adalah bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini. Oleh itu boleh dikatakan, Pelancaran dasar ekonomi tersebut memastikan bahawa taraf hidup masyarakat dapat ditinggikan dalam usaha untuk mencapai kemajuan dalam pembangunan negara. Intinya jurang perbezaan akan terhapus dalam fungsi ekonomi mengikut kaum dan lahirnya perpaduan ekonomi di kalangan rakyat, sambil meningkatkan lagi taraf pembangunan ekonomi negara.



PERNYATAAN MASALAH

Negara kita Malaysia merupakan sebuah negara yang terkenal dengan masyarakat yang berbilang bangsa dan keturunan. Negara kita juga turut dikenali dengan negara yang aman dan harmoni. Namun hakikatnya,pernahkah kita bertanya dengan diri kita, sejauh manakah tahap perpaduan yang ada di negara kita ? Secara amnya , rakyat malaysia tidak mengetahui tentang bagaimana perpaduan wujud melalui aktiviti kebudayaan dan percampuran kaum di negara kita. Melalui kebudayaan , perpaduan dapat diwujudkan melalui aktiviti perkauman dan kebudayaan seperti majlis sambutan hari raya , majlis sambutan hari kemerdekaan dan juga majlis rumah terbuka istana. Selain itu , melalui aktiviti sukan dan perkahwinan campur juga dapat memupuk perpaduan melalui kebudayaan .Sebagai rakyat malaysia yang bertanggungjwb dan patriotik, Adakah kita sanggup melihat perpaduan yang dibina selama ini dimusnahkan oleh sikap perkauman dan tidak menghormati agama orang lain? Saya teringin untuk melihat keharmonian kaum dan semangat muhibah yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia dari pelbagai kaum di tahun 70-an, 80-an dan 90-an.  



KESIMPULAN

Sebagai mengulung segala yang diperkatakan di atas, sejak negara menikmati arus kemerdekaan ,perpaduan dan kebudayaan antara rakyat Malaysia merupakan satu keistimewaan yang memainkan peranan penting demi mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Banyak negara di dunia mencontohi Malaysia sebagai negara yang berbilang bangsa, agama dan budaya kerana keharmonian dan kemakmuran antara kaum serta budaya menjadi pegangan kepada pandangan positif rakyat antarabangsa terhadap Malaysia.

Selain itu , semangat perpaduan perlu dipupuk di dalam setiap rakyat Malaysia dari bangku sekolah lagi seiring dengan mengukuhkan semangat jati diri, di samping memberi keutamaan kepada mata pelajaran Sejarah dan menjadikan sistem pendidikan sebagai medium mustahak untuk mengekalkan perpaduan kaum. Melalui penghayatan perpaduan serta sejarah negara, diharap akan lahirnya generasi muda yang akan bertindak sebagai wargangara yang matang lagi bertanggungjawab.

Secara keseluruhan  perpaduan kaum merupakan antara faktor terpenting dalam mengekalkan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama. Sekiranya kita berpecah atau bertelingkah antara satu sama lain, negara yang aman dan harmoni ini akan menjadi mundur dan pertikaian akan menyebabkan ketidakstabilan ekonomi yang menjejaskan pembangunan negara. Masyarakat Malaysia perlu menjadi penggerak utama dalam memupuk dan mengekalkan perpaduan antara kaum dalam usaha untuk mencapai matlamat ke arah status negara maju serta memastikan pembangunan ekonomi negara yang stabil dan konsisten.


RUJUKAN

http://erinitamiraa.blogspot.com/2015/10/objektifmatlamat-dasar-kebudayaan.html?m=1

https://www.cikimm.com/2018/03/kata-hikmah-perpaduan.html

https://www.jobstore.com/careers-blog/2019/08/29/kepentingan-perpaduan-kaum-di-malaysia/

http://1malaysiaunited.blogspot.com/2018/03/maksud-dan-kepentingan-perpaduan.html?m=1

http://erinitamiraa.blogspot.com/2015/10/objektifmatlamat-dasar-kebudayaan.html?m=1

https://www.sinarharian.com.my/article/42540/KOLUMNIS/Silang-budaya-pupuk-perpaduan








Comments